BIKERS 69J

WELCOME TO OUR CLUB. WE REALLY APPRECIATE YOUR SUPPORT. DO ENJOY AND HAVE A NICE DAY
BIKERS 69J

share..rides..unity..


    lapuran ride Le Tour De Selatan

    Share
    avatar
    lanz

    Posts : 13
    Join date : 14/09/2009
    Location : sungai besi-jln semarak-melaka-n.sembilan

    lapuran ride Le Tour De Selatan

    Post  lanz on Fri Oct 08, 2010 11:13 am

    Setelah segala perbincangan dan perancangan diatur satu bulan sebelum umat islam menyambut kedatangan Ramadhan bersama sama Presiden dan ahli majlis tertinggi Bikers69J termasuklah aku maka ditetapkan pada 02/10/10 hingga 03/10/10 Ride Le Tour De Selatan akan adakan macam pengumuman hari raya gamaknya.

    Julung kalinya kelab Bikers69J menjelajah selatan mengunakan hampir 90% jalan persekutuan untuk ke selatan dimana sebelum ini hanya lebuhraya sahaja, ingin mencari kelainan dan menguji ketahanan mental dan kekuatan fizikal ahli Bikers69J kata Ned 03@Hanaffi yang diberi tanggungjawab sebagai pegawai “Medic and Security” dengan jumlah peserta seramai 38 ahli Bikers69J dengan kekuatan sebanyak 17 Naza Blade pelbagai model dari 250,650cc, 1 4x4 Isuzu Bikers69J dan dimeriahkan lagi dengan 3 kawasaki 250, 3 ER6N, 1 Kawasaki Z7, 2 Suzuki K6 dan K8, 1 Kawasaki GTR 1400 yang ini Chief Marshal@Presiden Bikers69J En Zulkifli dikenali sebagai Zul Oren

    Hari yang dinantikan telah tiba, alamak aku dah terlewat bangun tidur padahal aku siap tidur awal lagi malam tadi nasib baik segala kelengkapan telah disiapkan sebelum masuk tidur, semuanya teratur diatas meja kalau tidak mau kelam kabut dibuatnya. Apa apa hal pun mandi dulu dah siap semuanya baru kena secawan kopi ubat segar biji mata nie. Puhhhhh Ya Allah Engkau Berkatilah Perjalanan hamba Mu ini dan hanya pada Mu aku berserah.

    Dengan lafaz Bismillahhirahmannirahim aku mengatur langkah dan menghidupkan jentera kesayangan Naza Blade 250 N aku serta bergerak menuju ke destinasi RV yang ditetapkan Shell Sungai Besi. Setibanya di sana sudah ramai yang menunggu antaranya timbalan presiden Bikers69J En Fazle@godzilla, pasangan mesra Omario dan Omaria, Zana, Ned 03, Mat 02, Apai, Fiera, Fitri K6, LTK K8, Man Bakoi, Ika, Sam, Ita, Redza, Ramli n Raff, Snoo Z7, Pak Maun Cruise 250, Wakil dari pihak Naza Bikes En Din dan ramai lagi.

    Taklimat berkenaan ride kali ini telah disampaikan oleh En Zul Oren, dari segi aspek keselamatan, peraturan jalanraya yang perlu dipatuhi, marshal yang bertugas, alat perhubungan walkie talkie, laluan perjalanan secara ringkas dan nombor telefon En Ahmad Salleh@Mat selaku mekanik standby yang memandu ISUZU 4x4 Bikers69J bagi ride kali ini diterangkan dengan jelas. Bacaan doa oleh En Hasrul Genting mengiringi perjalanan kali ini Amin Ya Rabbal Alamin.

    Tepat jam 0900 konvoi Le Tour De Selatan berlepas menuju ke destinasi pertama Petronas Ayer Keroh melalui Lebuhraya Utara Selatan keseronokan jelas dilihat melalui raut wajah para peserta ride kali ini buat permulaan aje al-maklumlah lalu lebuhraya katakan. Konvoi berhenti seketika untuk berkumpul semula dan buat pemeriksaan ringkas keatas jentera masing masing. Perjalanan diteruskan menuju ke Muar melalui Lebuhraya AMJ yang penuh dengan lampu isyarat dan jalan beralun alun. Marshal yang bertugas termasuk la aku sentiasa memberi teguran dan panduan kepada peserta konvoi dalam menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

    Setibanya di Muar kehadiran konvoi di sambut oleh salah seorang ahli Bikers69J (Pejai Tahir) yang telah menunggu dan membawa kami semua ke rumah beliau untuk makan tengahari ala open house. Asam pedas, ayam goreng, sayur campur, sambal belacan menjadi menu kali ini ternyata kami tidak meninggalkan kesan minyak pada bekas makanan memang sedap terbaik terima kasih Pejai Tahir. Setelah berehat akibat kekenyangan dan bersolat zohor serta ada juga yang sempat melelapkan mata suspek utama Kurt Din dan Eddy 500 meter memang pakar dalam tidur, terdengar laungan yang paling letih didengar “5 sekeng” maklumlah Zul Oren asal Terangganu dengan ini bermakna semua peserta konvoi harus bersiap sedia untuk menyabung perjalanan kembali.

    Jam tepat menunjukkan 1350 kami bergerak menuju ke lokasi seterusnya Batu Pahat – Benut – Pontian ternyata perjalanan kali ini tidaklah memenatkan kerana ramai yang melambaikan lambaikan tangan dalam perjalanan kali ini tak kira tua,muda yang paling seronok melihat kanak kanak teramat girang dan teruja melihat konvoi yang melalui kampung mereka dengan deruman enjin V Twin bercampur 4 inline amat mengegarkan disepanjang laluan. Pengguna jalanraya juga turut memberikan kerjasama dan laluan kepada konvoi terima kasih kerana amat memahami . Konvoi berhenti untuk berehat dan menunaikan solat, aku pun apa lagi makan cokelat la sambil minum bergelen gelen air bagi menghilangkan penat hahaha tak la sampai bergelen . Keakraban sesama peserta dapat dilihat dengan berkongsi minuman, cekidis@jajan sambil ketawa riang, sekali lagi keseronokan kami dikejutkan dengan laungan ‘5 sekeng’ kali ini bukan dari Presiden tetapi Mat 02 yang diberi mandat oleh Presiden dalam loghat Kelantan bunyinya akan sama saja.

    Dari Pontian kami meneruskan perjalanan ke Johor Bharu dengan berhati hati kerana peserta sedia maklum tentang lalulintas di Bandar Johor Bharu amat sesak pada lewat petang begini kerana petang minggu sememangnya Bandar Johor Bharu dipenuhi dengan orang tempatan dan dari jiran kita Singapura. Konvoi selamat tiba di Guest House Taman Sentosa jam 1800. Terdapat 2 buah yang rumah telah ditempah oleh pihak pengurusan Bikers69J bagi penginapan para peserta konvoi kali ini. Dengan tidak membuang masa peserta mengambil tempat masing masing berehat dan mandi. Majlis makan malam bersama pihak pengurusan Bikers69J diadakan di restoran LC Catering menu makan malam ialah nasi ayam penyet dia punya rasa marvellous lengkap dengan ulam campur sambal belacan terbaik. Selesai makan malam aktiviti bebas ada yang ke Danga Bay, berjumpa saudara di Pasir Gudang dan aku pula balik ke tempat penginapan dan tidur selamat malam zzzzz.


    03/10/10 Ahad

    Bangun!! Bangun!! Bangun!! puhhh! Kuat betul suara si Ned 02 nie memekak di pagi hari mengejutkan bikers yang sedang lena diulit mimpi. Kali nie aku dah siap bangun nasib baik, kalau tak mau terencat pagi yang indah nie. Apa lagi ramai yang kelam kabut nak mandi dan bersiap sepantas kilat sebelum si Ned 03 memekak lagi hadoiii. Jam 0900 semua peserta telah bersiap sedia untuk bersarapan, berbekalkan roti canai 2 keping dan Nescafe ice meluru masuk dalam perut aku dengan laju fuhh!! Terbaik

    On the bike!!! Konvoi mula bergerak meninggalkan Johor menuju kearah Negeri Sembilan. Destinasi pertama pada pagi ini Kulai, ingat nak berjumpa dengan Mawi ala budak Taib Andak tu tapi konvoi tak lalu la depan rumah dia hahhhaah. Hari yang ceria cuaca pun cerah moga moga tak hujan la hari ini, tiada apa yang menarik awal pagi ini mungkin hari Ahad ramai yang masih merehatkan diri dirumah. Tetapi kami dengan deruman enjin memecah kesunyian pagi halwa telinga yang terbaik buat peserta konvoi.

    Perjalanan diteruskan melalui Ayer Hitam sempat juga melihat deretan kedai yang menjual pelbagai anak patung, hiasan rumah, patut la tempat ini menjadi tumpuan bagi kaum hawa membeli belah. Sedang konvoi meninggalkan pekan Ayer Hitam, runner konvoi En Fazle@godzila mengarahkan konvoi berhenti kerana ada motosikal mengalami kerosakan dimana motosikal pasangan Omario dan Omaria pin sprocket hadapan patah, dengan hati yang berat, seberat motosikalnya yang dinaikkan belakang 4x4 Bikers69J pasangan itu terpaksa menumpang sehingga checkpoint seterusnya untuk dinilai sama ada kerosakan itu boleh dibaiki atau tidak, tetapi mereka tetap ceria dapat duduk dalam air cond siap pakai riding jacket sejuk katanya. Chet bikin panas aje.


    Badan mula mengalami kekurangan air ini dapat dilihat melalui peluh yang berjurai jurai keluar melalui liang roma dan juga menandakan konvoi harus berhenti seketika, sedang mencari tempat menarik untuk merehatkan diri Kurt Din yang menunggang er6n menyatakan yang motosikal beliau kekurangan minyak disertai oleh dua er6n yang lain, tiada tempat yang terbaik untuk berhenti melainkan stesyen minyak la jawabnya. Esso selepas Pekan Labis menjadi kawasan rehat yang tiada didalam jadual perjalanan. Dalam kesibukan mengisi bahan api Hapis M.A (bukan Medical Assistant tetapi masuk air) telah memuaskan perut beliau dengan buah naga sampai comot habis mulut sedap sangat, dari 15 min masa rehat jadi 30 min sebab memang sedap buah tu, ditambah pula Pak Maun belanja pisang emas harganya pun murah dan yang penting segar sebab pakcik yang jual buah tu kebun dia belakang kedai aje.

    Perhentian seterusnya Gemas, apa yang menarik disini bukan la banyak emas tetapi tempat pertemuan diantara laluan keretapi bagi utara dan pantai timur Malaysia. Kedai makan Sri Manis menjadi tempat makan tengahhari kami, pelbagai makanan yang dipesan tetapi aku pun hairan macam mana Man Bakoi dapat dulu, rupanya dia lagi pantas terus dari kaunter, orang lain yang buat pesanan dulu pun belum dapat lagi. Sambil berbual selepas makan dan Ahmad Saleh@mat membuat pemeriksaan terhadap motosikal Omario, motosikal si Johan pula mengalami masalah kabel clutch yang hampir putus, oo patut la motosikal aku tak laju mungkin sebab ini kot itu pasal la tak dapat potong Lanz hahhaha dalam mimpi la bro.

    Dari Gemas kami bergerak menuju ke Tampin, sambil mendengar lagu yang berkumandang melalui pemain MP3 aku, indahnya rasa walaupun mentari terik rasa nyaman tetap ada ini kerana kiri dan kanan jalan penuh dengan pokok yang menghijau, udara tidak tercemar cuma bunyi motosikal kami yang mengegarkan memenuhi kekosongan kala itu. Melalui pekan Gemenceh kami meneruskan perjalanan, agak lengang sedikit jalan hari itu memudahkan kami meneruskan perjalanan. Tiba di satu selekoh dengan tidak dijangka Aidil@koko telah terbabas dan bergesel dengan dinding bukit, berderau darah aku melihat kejadian itu dengan pantas aku mengarahkan Zulkamarul@puteh mengejar konvoi supaya berhenti seketika sambil aku melihat tahap kecederaan dan nasib baik hanya bahu dia mengalami bengkak.

    Syukur alhamdulliah kecerderaan yang dialami tidak serius. Motosikal Koko ditunggang oleh Kurt Din kerana beliau tidak mampu untuk meneruskan perjalanan ini, konvoi meneruskan perjalanan menghala ke garisan penamat, masa menunjukkan tepat jam 1700 konvoi selamat tiba di Seremban merupakan checkpoint yang terakhir, dari raut wajah masing masing menunjukkan rasa puas hati, kepenatan, gembira bercampur baur ditambah dengan pelbagai pengalaman serta ragam peserta maka tamatlah sudah perjalanan konvoi Le Tour De Selatan.

    Selaku Presiden Kelab Bikers69J En Zul Oren memberikan sepatah dua kata mengucapkan ribuan terima kasih serta kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan ride Le Tour De Selatan dan aku sebagai ketua ajk Bikers69J merangkap organizer ride Le Tour De Selatan turut merakamkan penghargaan kepada peserta ride kali ini dan meminta ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan sepanjang perjalanan kali ini. Insyallah pihak Bikers69J akan menganjurkan banyak lagi ride dan konvoi untuk memberikan pengalaman dan panduan buat bikers bikers yang baru berkecimpung dalam arena permotoran. Bagi bikers/pillion yang ingin menyertai aktiviti dan berkongsi pengalaman serta mengenali Bikers69J dengan lebih dekat boleh menambah kami sebagai rakan di Facebook “Bikers69J”. Kami tidak laju tapi kami ramai......

    Disediakan oleh : LANZ SEMPOI

    Ride Le Tour De Selatan 02/10/10 Sabtu – 03/10/10 Ahad
    Chief Konvoi : En Zul Oren
    Organiser : Lanz Sempoi
    Safety Officer : Ned 03
    Motosikal : 27 buah
    Backup : 1 buah Isuzu 4x4
    Marshal : 6 orang
    Peserta : 38 Orang

    Yuran penyertaan : RM 50 (termasuk Insurans Nyawa , Penginapan dan Makan Malam)

    Pecahan jenis motosikal
    Kawasaki : 1 GTR 1400
    1 Z750
    3 ER6N
    3 250R
    Suzuki : 1 K8
    1 K6
    Naza Blade : 1 650 Naked
    1 250 cruise
    10 250 R
    5 250 Naked


    avatar
    ned

    Posts : 5
    Join date : 08/09/2009
    Age : 39
    Location : Cheras

    Re: lapuran ride Le Tour De Selatan

    Post  ned on Fri Oct 08, 2010 8:21 pm

    seronot... tak terhingga........
    avatar
    ariansem_2005

    Posts : 19
    Join date : 13/05/2009
    Age : 47

    Re: lapuran ride Le Tour De Selatan

    Post  ariansem_2005 on Sat Oct 09, 2010 8:19 am

    gud luck claping hand congrate
    avatar
    redwise_sam

    Posts : 35
    Join date : 16/05/2009
    Age : 36
    Location : Putrajaya

    Re: lapuran ride Le Tour De Selatan

    Post  redwise_sam on Sat Oct 09, 2010 10:43 am

    report terbaek mr. doggynizer... claping hand

    tahniah bikers69j... congrate

    Kami tidak laju tapi kami ramai...... best fren


    cogan kata terbaek lanz... tabik tuan
    avatar
    syahrun92

    Posts : 43
    Join date : 27/05/2009
    Age : 36
    Location : K.Tganu

    Re: lapuran ride Le Tour De Selatan

    Post  syahrun92 on Sun Oct 10, 2010 10:27 pm

    waaaa...dr report pun dh bleh bayangkan keseronokannya ride kali ni...
    avatar
    jOe_subaru

    Posts : 5
    Join date : 05/10/2010

    Re: lapuran ride Le Tour De Selatan

    Post  jOe_subaru on Mon Oct 11, 2010 12:41 pm

    Bikers69j terbaekkk...!!

    beshhh konvOi.. lain kali pOn besh gakk.. nk jOin.. Smile
    avatar
    mr zaki77
    Admin

    Posts : 40
    Join date : 13/05/2009
    Age : 40
    Location : 1 malaysia

    Re: lapuran ride Le Tour De Selatan

    Post  mr zaki77 on Thu Oct 14, 2010 2:53 pm

    tahniah
    satu laporan yg bagus
    keep it up guys
    hargai persahabatan yg terjalin,
    sesungguhnya banyak manfaat bersama

    selamat beramal


    _________________
    avatar
    panda

    Posts : 6
    Join date : 01/10/2010
    Age : 38
    Location : gombak-bandar baru bangi

    Re: lapuran ride Le Tour De Selatan

    Post  panda on Fri Oct 15, 2010 9:16 am

    dasyat betul la laporan ko lanz...kasi bikin aku jealous plak biler tak dapat pegi ride dengan korang sekali...nak buat macam mana.dah nama pun kerja makan gaji..time tu lah kena outstation....anyway congrate kepada sume yang menjayakan ride ke selantan. claping hand
    avatar
    omario

    Posts : 2
    Join date : 14/05/2010

    Re: lapuran ride Le Tour De Selatan

    Post  omario on Fri Oct 15, 2010 4:11 pm

    report yg terbaik dr tuanku....seronok sgt n takleh lupa sampai arini....tak sabar nk tunggu ride hujung tahun... insyaallah....
    avatar
    jOe_subaru

    Posts : 5
    Join date : 05/10/2010

    Re: lapuran ride Le Tour De Selatan

    Post  jOe_subaru on Mon Nov 01, 2010 3:06 pm

    emm.. dengar lagi mencabarr ride new year niee.. hehehe.. standbyy...

    Sponsored content

    Re: lapuran ride Le Tour De Selatan

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Tue Oct 17, 2017 4:47 pm